Rabu, 12 Oktober 2011

TALENTIME ♥

assalamualaikum semua . hey hai hai  . ary nie saya nk story pasal TALENTIME . haa ia tiada kene mengena yaa dgn filem TALENTIME yee . tetapi bila di fikirkan balik . unsur unsur tu adalahh sebab ia ada kaitan dengan . lakonan . seni teater . nyanyian . tarian . puisi . sajak dan sebagainya .

ok berbalik kepada tajuk saya diatas sebenarnya sekolah saya telah menganjurkan uji bakat semperna TALENTIME . kalau bunyinya TALENTIME sudah semestinya lah ada pelbagai acara yang akan diupacarakan . betul tak ?? jadi pagi tadi . masa di perhimpunan cikgu izah . ada memberi tahu . bahawasanya yee . sekolah kami akan mengadakan hari TALENTIME pada bila saya tak pasti yg pasti dia ada menyebut siapa yang berminat untuk menyanyi . menarai . belakon . puisi or sajak . sila berjumpa dan isi borang .. 

auuuu yang tak boleh tahan nyaa .  bila cikgu izah sebut SAJAK beb SAJAK !!!. sudah lama saya nantikan saat nie akhirnya pihak sekolah anjurkan juga acara sebegini . lalu dalam kepala otak saya nie dh set masa rehat mesti jumpa cikgu izah ambil borang . tetapi saya bernasib baik kerana . cikgu izah masuk ke kelas saya sebagai guru ganti . dimana cikgu PJ tidak dapat hadir . jadi untuk mengelakkan peluang di rebut oleh pelajar pelajar laen . saya bertanyalah pada nya . cikgu pun memberi kata kata semangat dan bila puan izah berkata sebegitu . saya mula teringat pada mula mula saya aktive dalam bidang sajak nie . nk gelak pun ada malu malu hahaha

dan sampai lahh saya tunjuk kan bakat saya di sekolah ss17 dalam kelas . saya hayati dan baca bersungguh sungguh . alhamdulilla cikgu surinie . guru bahasa melayu saya berkata "saya suka bila awk mendeklamasikan sajak ni sungguh indah . ada ton ton nyaa . saya ingat saya nk masuk kan awk lah dalam malam gema puisi . kalau tahun nie ada cikgu panggil awk ye" auu terharuu nyaa . bangga pun ada . yelakan kalau korang kena puji puji cm tu mesti lahh bangga kan . alhamdulilla . saya bersyukur sangat sangat apa yang ada pada kelebihan saya sekarang nie . saya akan gunakan nyaa dengan sebaik mungkin :)

tapi BLOGGER saya ada masalah sikit . bila saya dapat aja borang . saya tibe tiba jadi kecundang . sebab teringat apa yang dah terjadi . masa saya buat pidato peringkat sekolah beberapa bulan yang lalu . saya kalah teruk . dengan tak hafal nya . saya dah malukan nama sekolah . saya tak buat bersungguh sungguh ... yelaa mana tak nyaa . mase tu nenek saya baru meninggal . mana lagi nak fokes pidato lagi . hmmm bila kalah teruk tu saya dah jadi hilang kenyakinan . cuma apa yang saya harapkan sekarang . saya perlukan bantuan dan sokongan daripada semua orang . saya nak buktikan balik kepada cikgu hellyza yang sebenanya saya boleh buat dengan jauh lebih baik . dan tak nak kecik kan hati dia lagi :(

tapi macam mana saya nak mulakan . saya mesti kena ada orang sebelah supaya dapat membantu saya . kembali kan aura yang hampir luluh niehhh . hmmm hope ada sesiapa dapat membantu saya . saya ada bakat . tak mungkin saya akan lepaskan macam tu aja . dan tahun ini juga . adalah tahun terakhir saya bersekolah . kalau boleh . saya nak ada kenangan manis di sekolah smk ss17 . saya nak dapatkan sesuatu yang tidak akan dijangka . dan saya nak bukti kan kepada semua pelajar pelajar yang merasa kan . budak budak sastra sebenanya boleh berjaya . boleh capai sampai ke menara gading . saya mohonn :(

tarikh uji bakat : 3.11.2011 -eh birthday abg pawie 4.11.12- saya mesti buat sesuatu . mesti!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan